drag and drop site maker

KELAS ASAS AL-QURAN ABQARIEY

Kanak-kanak Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid Dengan Mudah & Cepat
Khatam 30 Juzu' Al-Quran Dalam Tempoh 2 Tahun Khusus Untuk Kanak-Kanak Usia Seawal 4 Tahun

Silibus ABQARIEY

TOPIK 1 : KENAL

Murid akan diperkenalkan setiap huruf hijaiyah & konsonen dengan pergerakan unik bagi membantu proses ingatan, juga mengecam huruf asal & huruf bersambung

TOPIK 2 : KAWAN

Latihan kawankan huruf hijaiyyah dengan bunyi baris; konsonen dengan bunyi vokal. Juga perkenal huruf yang berbunyi ‘O’ apabila berbaris fathah

TOPIK 3 : CAMPUR

Murid akan diperkenalkan tanda baris ‘sukun’ dan simbolnya, campur suku kata berbaris ‘sukun’ dengan huruf dihadapannya untuk membentuk kalimah / perkataan

TOPIK 4 : U.I.A

Murid akan diperkenalkan tanda huruf (mad) yang ada bacaan berganda. Murid akan mahir membaca satu barisan ayat pendek secara berangkap

TOPIK 5 : TASYDID

Murid akan diperkenalkan tanda bacaan bertasydid dalam ayat dengan pergerakan tangan bagi memudahkan pemahaman

TOPIK 6 : BERTATIH

Murid akan diperkenalkan kaedah membaca Al-Quran secara bertatih/bersegmen supaya bacaan lebih tertib

TOPIK 7 : TAJWID

Murid akan diterapkan kaedah penggunaan simbol untuk mengenal tajwid ketika membaca Al-Quran

METODOLOGI PENGAJIAN ABQARIEY


Pengajaran ABQARIEY menggunakan buku teks utama yang dibuat secara berjilid bagi memudahkan anak-anak belajar mengikut peringkat atau tahap penguasaan. Buku teks ABQARIEY dijilidkan mengikut topik di dalam silibus.

Tempoh pengajian ABQARIEY adalah selama 2 Tahun; 6 bulan pertama anak-anak akan belajar membaca Al-Quran dan selebihnya anak-anak membaca Al-Quran sehingga khatam.

Pembelajaran ABQARIEY dibahagikan kepada 3 tahap

Tahap 1

Anak-anak akan belajar Topik 1 hingga Topik 5 iaitu bermula dengan mengenal huruf Al-Quran, menyebut makhraj huruf dengan betul dan boleh membaca ayat Al-Quran bersambung 

Tahap 2

Anak-anak akan belajar Topik 6 dan Topik 7 dimana mereka akan membaca Al-Quran secara tertib melalui kaedah 'bertatih'. Mereka juga akan diajar asas hukum tajwid 

Tahap 3

Selesai sahaja Topik 1 hingga Topik 7 silibus ABQARIEY, anak-anak akan mula membaca Al-Quran bersama guru sehingga khatam 30 juzu'

KELAS ABQARIEY

YURAN ABQARIEY

RM 100/bulan
RM1,000 untuk 1 tahun (diskaun RM200)
RM2,000 untuk 2 tahun (diskaun RM400)
  • PERCUMA
  • Yuran Pendaftaran & Buku ABQARIEY (7 Jilid Buku Teks & 7 Jilid Buku Latihan)
  • Yang Bernilai RM780

ABQARIEY adalah program kolaborasi di antara Yayasan Pahang, Universiti Malaysia Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Azzubair Dot Com sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan peratusan celik Al-Quran di kalangan pra sekolah supaya generasi akan datang boleh membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.

FOLLOW US

SHARE THIS PAGE!