make your own website

ABQARIEY : Silibus Pembelajaran Al-Quran Yang Berkesan Membantu Kanak-kanak Seawal 4 Tahun Membaca Al-Quran Secara Bertajwid Dengan Mudah & Cepat

Kanak-kanak Mampu Khatam 30 Juzu' Al-Quran Dalam Tempoh 2 Tahun

Dari Abu Umamah RA katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.” 

(Riwayat Muslim)

Adalah menjadi impian setiap ibubapa bahawa anak-anak dapat membaca kalam Allah dengan sempurna supaya ianya dapat memberi syafaat di dunia dan di akhirat. ABQARIEY adalah silibus pembelajaran Al-Quran yang telah diperhalusi daripada silibus pembelajaran Al-Quran Formula Al-Hidayah yang telah dibangunkan pada tahun 2014.


Formula Al-Hidayah telah membantu lebih dari 50 ribu umat Islam di Malaysia mempelajari serta memperbaiki pembacaan Al-Quran. Malah, bagi mereka yang langsung tidak tahu membaca Al-Quran mampu untuk belajar dan faham dengan mudah dan cepat. Kelas Formula Al-Hidayah masih lagi berlangsung sehingga kini di seluruh Malaysia dalam membantu umat Islam pada semua peringkat umur celik Al-Quran. Mengikut statistik, hampir 80% umat Islam yang berumur antara 15-70 tahun tidak boleh membaca Al-Quran. Maka untuk mengatasi masalah ini, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk membangunkan ABQARIEY agar anak-anak generasi akan datang dapat membaca Al-Quran secara bertajwid sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

ABQARIEY

Silibus yang direkabentuk khas untuk peringkat kanak-kanak berumur seawal 4 tahun

Membantu anak anda mengenal setiap huruf Al-Quran; bukan sekadar bunyi huruf sahaja

Membantu anak anda menyebut makhraj setiap huruf Al-Quran dengan sempurna dan betul

Selepas 6 bulan, anak anda mampu membaca Al-Quran dengan tertib melalui teknik 'bertatih'

Anak anda mampu khatam 30 juzu' Al-Quran dalam masa 1 tahun setengah 

Pembelajaran secara berkumpulan & talaqqi secara individu bersama guru

Kelas ABQARIEY

Untuk Kanak-kanak Berumur 4-6 Tahun

Kelas belajar membaca Al-Quran untuk kanak-kanak yang berumur seawal 4 tahun. InsyaaAllah anak anda boleh khatam 30 juzu' Al-Quran dalam tempoh 2 tahun.

Train of Teachers (T.O.T)

Untuk Tenaga Pengajar ABQARIEY

Bagi anda yang berminat untuk menjalankan program ABQARIEY di Tabika KEMAS, Tabika PERPADUAN, pusat pengajian Al-Quran ataupun di rumah.

Dari Ibnu Mas`ud RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” 

(Riwayat at-Tirmidzi dan katanya ia Hadith Hasan Sahih)

ABQARIEY adalah program kolaborasi di antara Yayasan Pahang, Universiti Malaysia Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Azzubair Dot Com sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan peratusan celik Al-Quran di kalangan pra sekolah supaya generasi akan datang boleh membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.

FOLLOW US

SHARE THIS PAGE!